::Selamat Datang Ke Portal Rasmi Sekolah Kebangsaan Permatang Tok Mahat::Anugerah Sekolah Harapan Negara 2005::Anugerah Sekolah Cemerlang 2007::

Sabtu, 2009 Ogos 08

ARAHAN PENUTUPAN SEKOLAH BERIKUTAN WABAK H1N1

UNTUK MAKLUMAN SEMUA WARIS DAN WARGA SKPTM.

SEKOLAH AKAN DIBUKA SEMULA PADA ISNIN (10 OGOS 2009) SEPERTI BIASA. WALAUBAGAIMANA PUN, SEKIRANYA ADA MURID-MURID YANG MENGALAMI SIMPTOM-SIMPTOM SEPERTI DEMAM PANAS BERPANJANGAN, BATUK, SELSEMA, DAN SAKIT TEKAK, DINASIHATKAN AGAR TERUS BERJUMPA DENGAN DOKTOR UNTUK MENDAPATKAN RAWATAN UNTUK MEMASTIKAN TIADA PENULARAN DALAMAN. KERJASAMA DARI SEMUA PIHAK AMATLAH DIHARGAI.

Isnin, 2009 Julai 13

SMART SCHOOL QUALIFICATION STANDARD

Penarafan Tahap Bestari Sekolah

Smart School Qualification Standard (SSQS)


Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) untuk menjalankan pemantauan penggunaan ICT dengan berkesan supaya sekolah dapat meningkatkan serta memaksimumkan pembudayaan ICT di sekolah-sekolah. Tujuan pembudayaan ICT di sekolah-sekolah bestari adalah untuk menjadikan sekolah bestari sebagai ‘role-model’ kepada 10,000 sekolah lain yang ingin menggunakan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran (P&P), dan pengurusan sekolah. Pemantauan dijalankan untuk membimbing dan membantu sekolah mencapai kedudukan 5-bintang dari segi empat (4) aspek utama, iaitu penggunaan ICT, modal insan, aplikasi dan juga infrastruktur. Secara keseluruhannya, pemantauan yang baik dan komprehensif perlu melaksanakan perkara-perkara:

  • Melaksanakan Pelan Tindakan Sekolah dalam konteks penggunaan ICT berkaitan dengan usaha pembudayaan ICT sekolah,
  • Menjalankan aktiviti-aktiviti atau program-program untuk mengatasi jurang/kelemahan yang dikenal pasti dalam tinjauan (survey)/situasi semasa, dan
  • Mempertahan atau menambahbaik taraf bintang berdasarkan Piawaian Kelayakan Sekolah Bestari (PKSB) (Smart School Qualification Standards, SSQS).

Para guru dan murid yang terlibat sila dapatkan tag no dari Cik Darwina Binti Ariffin. Tarikh tutup SSQS adalah pada 14 Ogos 2009. Sila layari http://ssqs.moe.edu.my/ssqs/ untuk mengisi Borang Penarafan Tahap Bestari Sekolah.

Selasa, 2009 Jun 16

KURSUS KEPIMPINAN JATIDIRI 2009

KEM KEPIMPINAN JATIDIRI 2009
BERTEMPAT: DI KEM SYRUZ, PUSAT LATIHAN KHIDMAT NEGARA.
TARIKH: 10 - 11 JUN 2009

LATIHAN DALAM PERKHIDMATAN KALI KE 4(b)/2009

KURSUS 'HEADCOUNT'
DISAMPAIKAN OLEH PN. HJH WAN LAILA BT MEGAT NOORDIN
GURU BESAR SK SAUJANA INDAH
TARIKH: 29 MEI 2009 TEMPAT: MAKMAL KOMPUTER SKPTM


LATIHAN DALAM PERKHIDMATAN KALI KE 4(a)/2009

KURSUS PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH
DISAMPAIKAN OLEH: 1) EN. ZAZOLNIZAM B ZAKARIA
2) PN. HJH NOOR MILA BT HJ MOHD SAHIMI
TARIKH: 22 MEI 2009 TEMPAT: BILIK MESYUARAT SERI DAMAI SKPTM