Isnin, 18 Ogos 2008

PERTANDINGAN EUREKA 2008 DI SARAWAK

Tempat Ke-4 Peringkat Kebangsaan

Tahniah ! buat pasukan Eureka sekolah di bawah bimbingan Cikgu Zaihan yang sekali lagi berjaya mendapat tempat ke 4 daripada 16 buah pasukan yang bertanding di peringkat kebangsaan. Pertandingan ini telah diadakan pada 18 Ogos 2008 di Sarawak dan seramai 4 orang pelajar iaitu Ariessa, Widad, Ghazwani dan Shafiqa telah mengharumkan nama negeri, daerah dan khas Sekolah Kebangsaan Permatang Tok Mahat.Pulau Pinang.

Sekali lagi tahniah buat Cikgu Zaihan dan anak-anak muridnya ! Moga-moga tahun hadapan kita akan menjadi Johan Kebangsaan.

Selasa, 12 Ogos 2008

PERTANDINGAN TARIAN SEKOLAH-SEKOLAH RENDAH DAN MENENGAH PERINGKAT NEGERI PULAU PINANG( TEMPAT KE-3 PERINGKAT NEGERI )

Pasukan tarian Sekolah Kebangsaan Permatang Tok Mahat dibawah bimbingan dan tunjuk ajar Puan Siti Hamidah dan Puan Markiyah telah berjaya mendapat tempat ke-3 bagi Kategori Tarian Tradisional yang diadakan pada 22 Julai 2008 di SRJKC Shang Wu, Pulau Pinang.


Bergambar dengan guru , Penutup persembahan , Guru-guru bertungkus lumus membuat persediaan.

Isnin, 11 Ogos 2008

LAWATAN PENANDA ARAS SK PULAU BETONG KE SKPTM

KEDATANGAN ANDA KAMI ALUKAN

Pada 8 ogos 2008, SK Pulau Betong, Balik Pulau telah mengadakan lawatan di SKPTM. Lawatan bertujuan sebagai penanda aras di anggotai seramai 30 orang guru. Rombongan ini tiba di SKPTM pada jam 9.30 pagi. Kedatangan mereka amat di alukan dan dirai dengan ucapan aluan dari guru besar, Pn Saniyah Bt Hashim dan di ikuti persembahan pengenalan sekolah melalui aplikasi power point oleh Puan Zaihan Bt Mohamad Zaini.

Kemudian rombongan di hidangkan sajian makan tengah hari di Kantin SKPTM. Kira-kira jam 11 pagi, rombongan memulakan lawatan sekeliling sekolah. Antara tempat-tempat yang di lawati adalah bilik-bilik khas seperti Pusat Sumber Sekolah, Bilik Kaunseling, Makmal Komputer, Bilik Pemulihan, Pusat Akses, Bilik j-Qaf serta persekitaran sekolah. Mereka juga dapat melihat suasana waktu pembelajaran dan pengajaran di SKPTM. Sesi lawatan tamat jam 12.30 tengahari. Warga SKPTM mengucapkan ribuan terima kasih kepada rombongan dari SK Pulau Betong.


Barisan rombongan guru dari SK Pulau Betong bergambar bersama Guru Besar SKPTM Pn. Saniyah bt Hashim, Pn. Salmah bt Ismail serta Pn. Khodijah bt Ibrahim dan Majlis Pengenalan SKPTM dilangsungkan di Dewan Seri Damai SKPTM.


Lawatan ke Pusat Sumber Sekolah dan Bilik Pemulihan.


Lawatan sekitar sekolah termasuk Pra Sekolah dan Makmal Komputer.

PEMERIKSAAN BASIKAL BERKALA 2008 (3K)

KESELAMATAN PELAJAR KAMI UTAMAKAN

Pada 5 ogos 2008 hari selasa jam 8.10 pagi bertempat di perkarangan tempat letak basikal sekolah, telah dijalankan suatu pemeriksaan keselamatan basikal murid buat kali kedua. Unit Keselamatan telah bekerjasama dengan Unit Disiplin berkolaborasi menjalankan pemeriksaan keselamatan ke atas murid-murid yang menunggang basikal ke sekolah.

Di anggarkan pemeriksaan dijalankan keatas 150 buah basikal. Didapati lebih kurang 50 buah basikal tidak menepati aspek-aspek yang dikehendaki. Aspek-aspek keselamatan yang dititikberatkan adalah bunga tayar basikal, brek, lampu pemantul dan aksesori tambahan yang merbahaya. Sesi pemeriksaan ini berjaya mendedahkan kepada pihak sekolah tentang keselamatan pelajar-pelajar yang datang ke sekolah dengan menunggang basikal. Utamakan keselamatan.



Pelajar bersedia untuk sesi pemeriksaan dan pemeriksaan dilakukan oleh Cikgu Imtiaz.



Aspek keselamatan dititikberatkan dan basikal-basikal yang telah diperiksa disusun dengan teratur.

Rabu, 6 Ogos 2008

SEJARAH SEKOLAH KEBANGSAAN PERMATANG TOK MAHAT

Sekolah Kebangsaan Permatang Tok Mahat adalah sebuah sekolah yang asalnya sebuah sekolah yang diasaskan oleh pemerintahan Inggeris. Menurut cerita yang dikumpulkan oleh penduduk-penduduk kampung yang mengetahui sedikit sebanyak tentang sekolah ini. Sekolah Permatang Tok Mahat adalah merupakan sekolah yang tertua di Seberang Perai Selatan.

Bangunan sekolah yang pertama didirikan di atas sebidang tanah di Permatang Tok Mahat yang tanahnya tidak lebih 59 kaki panjang dan 28 kaki lebar. Sekolah ini dinamakan Sekolah Permatang Tok Mahat kerana mengambil nama kampung ini. Akan tetapi ianya lebih dikenali oleh penduduk tempatan dengan nama “sekolah itik” kerana bangunan yang pertama didirikan rendah sahaja seperti bangsal itik.

Di bawah ini senarai nama guru besar yang bertugas di sekolah ini sebelum tahun 1941.
a. Tahun 1890 - Tuan Lebai Saad
b. Tahun 1901 - Cikgu Ahmad
c. Tahun 1903 - Cikgu Awang bin Salleh
d. Tahun 1904 - Cikgu Hj. Othman
e. Tahun 1907 - Cikgu Md Hussin bin Bakar Ali
f. Tahun 1921 - Cikgu Ahmad
g. Tahun 1925 - Cikgu Othman bin Mat Ali
h. Tahun 1926 - Cikgu Jamal bin Salleh (SITC)
i. Tahun 1935 - Cikgu Omar bin Nasaruddin
j. Tahun 1937 - Cikgu Abdullah bin Hj. Ali (SITC)

Zaman Pemerintahan Jepun
Cikgu Abdullah bin Hj. Ali mula bertugas di sekolah ini mulai tahun 1937 dan telah tamat tempoh perkhidmatannya dalam tahun 1946. Purata guru yang bertugas ketika itu ialah seramai 6 orang termasuk guru besar. Dalam jangka masa itu, tidak banyak rekod-rekod atau catatan yang terdapat mengenai sekolah ini. Cuma pada zaman pemerintahan Jepun ini, sekolah Permatang Tok Mahat telah diberikan nama “Nippon Go Gakko” oleh perintah Jepun.

Sebelum Kemerdekaan 1945 - 1957
Nama sekolah ini telah ditukar kepada “Sekolah Melayu Permatang Tok Mahat”. Guru Besar – Guru Besar yang bertugas dalam tempoh ini ialah:

a. Tahun 1946 - Cikgu Zakaria bin Daud (SITC)
b. Tahun 1949 - Cikgu Yahya bin Che Ali (SITC)
c. Tahun 1952 - Cikgu Ibrahim bin Hj. Ali (SITC)
d. Tahun 1953 - Cikgu Ismail bin Ibrahim (SITC)

Selepas Kemerdekaan 1958 - 1979
Guru-guru Besar yang bertugas dalam jangka masa 22 tahun ini ialah:
a. Tahun 1958 - Cikgu Ismail bin Ibrahim (SITC)
b. Tahun 1960 - Cikgu Ibrahim bin Hj. Ali
c. Tahun 1972 - Cikgu Md Isa bin Mohd. Noor
d. Tahun 1974 - Cikgu Md. Yusof b. Md. Isa
e. Tahun 1978 - Cikgu Othman b. Mohamad

Selepas tahun 1980

Guru besar selepas ini ialah seperti berikut:
a. Tahun 1982 - Cikgu Aziz bin Abdul
b. Tahun 1984 - Cikgu Pn. Hajjah Saadiah binti Saad
c. Tahun 1987 - Cikgu Tn. Hj. Abd. Jamal bin Hj. Ghazali

Pada tahun 2001, sekali lagi pentadbir Sekolah Kebangsaan Permatang Tok Mahat bertukar tangan. Sekali lagi Sekolah Kebangsaan Permatang Tok Mahat telah diterajui oleh seorang guru besar wanita iaitu Puan Hajjah Zaharah binti Rajuddin menggantikan En. Zainon bin Yaacob yang bersara.

Pada tahun 2002, tampuk pentadbiran sekolah telah diambil alih oleh Puan Hajjah Rosnah binti Hamzah setelah guru besar terdahulu bersara pada bulan Mac 2002. Sekolah Kebangsaan Permatang Tok Mahat di bawah pentadbiran Puan Hajjah Rosnah telah mencipta banyak kecemerlangan sekolah baik dari segi akademik dan juga kokurikulum. Pada tahun 2005, buat julung kalinya, nama Sekolah Kebangsaan Permatang Tok Mahat gah di persada negara apabila berjaya dinobatkan sebagai Johan Anugerah Sekolah Harapan Negara peringkat Kebangsaan pada tahun 2005.

Setelah persaraan Puan Hajjah Rosnah pada bulan April 2006, di bawah pentadbiran Puan Saniyah binti Hashim dan dengan sokongan padu dan kerja kuat semua guru, sekolah telah sekali lagi mencipta nama di persada kebangsaan setelah dianugerahkan sebagai Sekolah Cemerlang di peringkat Kebangsaan pada tahun 2007.

Untuk membaca sejarah lengkap Sekolah Kebangsaan Permatang Tok Mahat, sila pilih
Sejarah Lengkap SKPTM