Jumaat, 14 November 2008

PENCAPAIAN UPSR 2008

SKPTM TERUS DI HADAPAN
Keputusan UPSR 2008 telah diumunkan pada 13 November 2008 . Seramai 23 orang pelajar telah berjaya memperoleh 5A iaitu bilangan yang paling tinggi di daerah Seberang Perai Selatan. Pelajar yang mendapat keputusan 5A adalah terdiri daripada 19 pelajar perempuan dan 4 orang pelajar lelaki.

SKPTM juga berjaya mencapai peratus kelulusan yang tinggi iaitu sebanyak
77.6 % secara keseluruhannya. Kertas pemahaman mencatat sebanyak 97.3 % kelulusan , penulisan mencatat 91.8 %, Bahasa Inggeris mencatat 85.0 %, Matematik mencatat 93.9 % dan Sains 87.8 %.

Kejayaan pelajar-pelajar tersebut merupakan satu kebanggaan bagi guru-guru di SKPTM dan juga ibu bapa pelajar terbabit. Tahniah untuk mereka dan tidak lupa juga kepada semua guru yang gigih dalam mendidik mereka sehingga mencapai kejayaan ini.

Sekali lagi tahniah di ucapkan !


Amira Amalina, Aqilah Nasuha, Arifah Adlina, Fatimah Al Zahra, Fatin Nadiah, Ibrahim Ayob, Mas Balqis, Mohamad Mukhriz, Mohd Adham , Noor Syakirah, Nur Ashikin, Nur Syamimi, Siti Nasirah , Iman Syakirah, Muhammad Afiq, Naziha Suhaila, Norasyiqin Mohd Ayob, Nur Dinie , Nur Syahira , Nur Tasnim , Nurul Shafiqah Shahzani, Nur Hafizatul Nabila dan Ainaa Samson.



Pelajar-pelajar bersama-sama ibu bapa mereka menanti dengan sabar keputusan peperiksaan.


Bergambar dengan guru-guru SKPTM dan ucapan tahniah dari guru yang mengajar.


Menerima slip peperiksaan dan ucapan tahniah dari ibubapa pelajar.

Sabtu, 8 November 2008

HARI ANUGERAH KECEMERLANGAN 2008

Pada 8 November 2008, bertempat di Dewan Seri Gemilang telah diadakan Hari Anugerah Kecemerlangan. Hari anugerah tersebut telah dirasmikan oleh Naib Yang Dipertua PIBG iaitu Penghulu Shamsuddin. Beliau telah disambut dengan paluan kompang dan seterusnya membuat pemeriksaan perbarisan Pasukan Kawad Kaki TKRS Puteri SKPTM iaitu seramai 31 orang.

Beberapa acara telah dipersembahkan kepada ibu bapa seperti nyanyian nasyid, bercerita dan tarian dari Kelab Seni Kebudayaan dan adik-adik dari Pra Sekolah. Pelajar-pelajar telah menerima hadiah masing-masing berdasarkan pencapaian dalam peperiksaan PKSR 2. Selain itu pelajar juga menerima anugerah Nilam, anugerah pencapaian peringkat kebangsaan dan sijil kerana berkhidmat sebagai ketua dan penolong kelas pada tahun 2008.

Acara kemuncak Hari Anugerah Kecemerlangan telah menyaksikan adik Naziha telah dipilih sebagai Tokoh Kurikulum manakala adik Ekasyah Syazleen telah dipilih sebagai Tokoh Kokurikulum bagi tahun ini. Adik Amalia Amalina pula telah dipilih sebagaiTokoh Murid bagi sesi 2008. Semoga kita terus mempamerkan kecemerlangan di masa akan datang.


Ketibaan tetamu kehormat disambut dengan paluan kompang dan pasukan kawad TKRS.



Ucapan alu-aluan dari Guru Besar dan ucapan perasmian dari Naib Yang Dipertua PIBG


Persembahan tarian dari Kelab Seni Kebudayaan dan Pra Sekolah


Penerima anugerah tokoh murid, tokoh kurikulum dan tokoh kokurikulum.