Sabtu, 27 Disember 2008

PENGALAMAN DI SKPTM

Saya mula mengajar di SKPTM pada tahun 2006. Sebuah sekolah yang sememangnya terkenal di negeri Pulau Pinang. Saya amat bersyukur kerana berpeluang menjadi sebahagian warga SKPTM yang gemilang ini walaupun seketika. Saya dapat menimba pelbagai ilmu baru yang secara tidak langsung dapat memantapkan ilmu pengetahuan saya sebagai seorang guru. Insyaallah semua ilmu yang sayaperolehi akan saya curahkan di sekolah yang baru bagi melahirkan insan yang berguna kepada negara. Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua warga SKPTM yang sentiasa memberi kerjasama sepanjang saya disini. Saya juga ingin memohon maaf jika terdapat salah dan silap semasa saya bertugas di SKPTM.


Semoga SKPTM akan terus cemerlang,gemilang dan terbilang sampai bila-bila. Kenangan di SKPTM akan sentiasa menjadi sebuah memori bagi saya.Jumpa saya di Perlis!


Catatan terakhir dari bekas guru SKPTM.