Isnin, 13 Julai 2009

SMART SCHOOL QUALIFICATION STANDARD

Penarafan Tahap Bestari Sekolah

Smart School Qualification Standard (SSQS)


Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) untuk menjalankan pemantauan penggunaan ICT dengan berkesan supaya sekolah dapat meningkatkan serta memaksimumkan pembudayaan ICT di sekolah-sekolah. Tujuan pembudayaan ICT di sekolah-sekolah bestari adalah untuk menjadikan sekolah bestari sebagai ‘role-model’ kepada 10,000 sekolah lain yang ingin menggunakan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran (P&P), dan pengurusan sekolah. Pemantauan dijalankan untuk membimbing dan membantu sekolah mencapai kedudukan 5-bintang dari segi empat (4) aspek utama, iaitu penggunaan ICT, modal insan, aplikasi dan juga infrastruktur. Secara keseluruhannya, pemantauan yang baik dan komprehensif perlu melaksanakan perkara-perkara:

  • Melaksanakan Pelan Tindakan Sekolah dalam konteks penggunaan ICT berkaitan dengan usaha pembudayaan ICT sekolah,
  • Menjalankan aktiviti-aktiviti atau program-program untuk mengatasi jurang/kelemahan yang dikenal pasti dalam tinjauan (survey)/situasi semasa, dan
  • Mempertahan atau menambahbaik taraf bintang berdasarkan Piawaian Kelayakan Sekolah Bestari (PKSB) (Smart School Qualification Standards, SSQS).

Para guru dan murid yang terlibat sila dapatkan tag no dari Cik Darwina Binti Ariffin. Tarikh tutup SSQS adalah pada 14 Ogos 2009. Sila layari http://ssqs.moe.edu.my/ssqs/ untuk mengisi Borang Penarafan Tahap Bestari Sekolah.