Ahad, 27 Mac 2011

LDP 3 GOTONG ROYONG KEMASKINI BILIK-BILIK KHAS

TARIKH: 26 MAC 2011
HARI: SABTU
MASA: 8.30 PAGI - 2.00 PETANG

Latihan Dalam Perkhidmatan kali ketiga telah diadakan pada 26 Mac 2011 bermula pada pukul 8.30 pagi sehingga 2.00 petang. Aktiviti di dalam LDP kali ini adalah Program Gotong – Royong Mengemaskini Bilik-Bilik Khas yang bertempat di blok bangunan baru SK. Permatang Tok Mahat. Berikut adalah senarai bilik-bilik khas yang dikemas kini sepanjang aktiviti ini iaitu Bilik Matematik, Bilik Muzik, Bilik Mesyuarat, Bilik Rawatan, Bilik SALC, Dewan Seri Gemilang, Surau, Bilik Disiplin, Bilik Pemulihan, Bilik jQAF, Makmal Sains C, Bilik PAK, Makmal Sains D, Bilik Peperiksaan dan Makmal Komputer.

Selasa, 15 Mac 2011

MAJLIS PERHIMPUNAN MINGGUAN SEKOLAH BERSAMA AHLI DEWAN UNDANGAN NEGERI SUNGAI ACHEH, DATO HJ MAHMUD BIN ZAKARIA

TARIKH : 7 MAC 2011 (ISNIN)
TEMPAT : DATARAN PERHIMPUNAN SK. PERMATANG TOK MAHAT
MASA : 7.40 PAGI – 8.30 PAGI

Pada tanggal 7 Mac 2011 yang lalu, perhimpunan mingguan sekolah yang diadakan pada pukul 7.40 pagi setiap hari Isnin telah diserikan dengan kehadiran Yang Berhormat Dato Hj Mahmud bin Zakaria iaitu Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan Sungai Acheh. Kehadiran beliau untuk bersama warga Sekolah Kebangsaan Permatang Tok Mahat adalah bagi menyampaikan sijil-sijil penghargaan dan sumbangan saguhati atas pencapaian sekolah ini.
Berikut adalah sijil-sijil yang dianugerahkan kepada pihak sekolah iaitu:

Sijil Penghargaan daripada Program Didik Cemerlang Akademik Atas Pencapaian Di Bawah Gred Purata Negeri UPSR 2010

Sijil penghargaan daripada Jabatan Pelajaran Pulau Pinang Atas Pencapaian Peningkatan 10.89% UPSR 2010

Sijil penghargaan daripada Jabatan Pelajaran Pulau Pinang Atas Pencapaian Kelulusan Keseluruhan Melebihi 80% UPSR 2010 – Pencapaian Sekolah Adalah 82.2 %

Sijil penghargaan daripada Jabatan Pelajaran Pulau Pinang Atas Pencapaian Gred Purata Sekolah (GPS) Di Bawah 2.0.

Pencapaian Sekolah Adalah 1.918.Lihat Foto

Jumaat, 11 Mac 2011

MESYUARAT AGUNG PIBG SKPTM 2011

Mesyuarat Agung PIBG Sk Permatang Tok Mahat bagi sesi 2011 telah diadakan pada 5 mac 2011 (Sabtu ) bertempat di Dewan Seri Gemilang. Seramai kira-kira 180 orang ahli PIBG termasuk guru sekolah ini telah hadir. Mesyuarat ini dirasmikan oleh Y.A.B Dato' Zainal Abidin Bin Hj.Osman. Lihat Foto.....