Rabu, 27 April 2011

LAWATAN KENALI SBP DI SM SAINS RAJA TUN AZLAN SHAH, TAIPING, PERAK

Unit Bimbingan dan Kaunseling dengan kerjasama guru-guru Tahun 6 SKPTM telah mengadakan program lawatan mengenali alam sekolah menengah di SM Sains Raja Tun Azlan Shah pada 13 April 2011. Seramai 80 orang murid Tahun 6 bersama 8 orang guru pengiring mengikuti lawatan ini.Antara objektif program ini diadakan adalah untuk:
-Mendedahkan tentang suasana, sistem dan perbezaan di antara sekolah rendah dan sekolah menengah.

-Pendedahan tentang kemudahan dan proses pembelajaran di Sekolah Berasrama Penuh


-Menyutik semangat memajukan diri dalam bidang akademik dan kokurikulum serta pembentukan sahsiah cemerlang

-Menyuntik semangat bersaing yang positif di kalangan murid

-Memupuk semangat dan motivasi bermula daripada peringkat sekolah rendah




Ahad, 24 April 2011

KEM KEPIMPINAN JATI DIRI 2011 DI KEM PLKN BUKIT BESAR, KULIM, KEDAH

TARIKH: 8-9 APRIL 2011
TEMPAT: KEM PLKN BUKIT BESAR, KULIM, KEDAH
SASARAN: 80 MURID SKPTM (PENGAWAS SEKOLAH, KETUA DAN PENOLONG KETUA     KELAS DAN JAWATANKUASA UNIT KOKURIKULUM SKPTM)

Unit Kokurikulum SKPTM dengan kerjasama Unit Bimbingan Dan Kaunseling telah mengadakan Kem Kepimpinan Jati Diri yang disasarkan kepada 80 orang murid SKPTM yang terdiri daripada Pengawas Sekolah, Ketua dan Penolong Ketua Kelas serta Jawatankuasa Unit Kokurikulum. Program telah diadakan selama 2 hari 1 malam bermula pada 8 April 2011 hingga 9 April 2011. Antara aktiviti yang dijalankan ialah Ceramah Motivasi Kepimpinan Diri, Flying Fox, merentas halangan, berkayak dan bina keyakinan diri.