Khamis, 3 November 2011

SAMBUTAN HARI ANUGERAH KECEMERLANGAN AKADEMIK & GRADUASI PRA SEKOLAH 2011

TARIKH: 29 OKTOBER 2011
HARI: SABTU
MASA: 8.00 PAGI-12.00 TENGAHARI
TEMPAT: SK PERMATANG TOK MAHAT
DIRASMIKAN OLEH: EN MOHD GHAZALI BIN ABU BAKAR
                                      PEGAWAI PELAJARAN DAERAH SELATAN

Hari Anugerah Kecemerlangan Akademik dan Graduasi Pra Sekolah 2011 diadakan bermatlamat mengiktiraf kejayaan para murid di dalam pencapaian akademik. Pengiktirafan ini penting untuk menggalakan pencapaian yang cemerlang di kalangan murid. Usaha murni ini dapat menyuntik serta memupuk semangat dan motivasi untuk mencapai kejayaan.  Anugerah ini diharap dapat menjadi pemangkin kejayaan mereka di masa hadapan.





























SAMBUTAN HARI KANAK-KANAK DAN ANUGERAH KECEMERLANGAN KOKURIKULUM SKPTM 2011

TARIKH: 28 OKTOBER 2011
HARI: JUMAAT
MASA: 8.00 PAGI - 12.00 TENGAHARI
TEMPAT: SK PERMATANG TOK MAHAT
SASARAN: SEMUA WARGA SKPTM

Sambutan Hari Kanak-Kanak dan Hari Anugerah Kecemerlangan Kokurikulum 2011 Peringkat SK Permatang Tok Mahat telah diadakan serentak pada 28 Oktober 2011 yang lalu. Pelbagai aktiviti telah diadakan seperti penyampaian anugerah dan sijil kepada pelajar yang aktif melibatkan diri di dalam aktiviti kokurikulum, sijil penghargaan kepada para pengawas, ketua dan penolong ketua kelas dan persembahan nyanyian oleh murid-murid Pra Sekolah, Bercerita Cerita Rakyat, dan Tarian Tradisional. Majlis dirasmikan oleh Tuan Guru Besar, Tuan Hj Md Rijani bin Md Ibrahim. Murid-murid juga telah diraikan dengan jamuan ais krim dan bihun sup.








Rabu, 2 November 2011

MAJLIS JASAMU DIKENANG-PERSARAAN GURU PENOLONG KANAN PENTADBIRAN, PN SALMAH BT HJ ISMAIL

TARIKH: 7 OKTOBER 2011
HARI: JUMAAT
MASA:9.30 PAGI-12.00 TENGAHARI
TEMPAT: SK PERMATANG TOK MAHAT


Warga SK. Permatang Tok Mahat telah mengadakan satu majlis persaraan Guru Penolong Kanan Pentadbiran, Pn Salmah bt Ismail pada 7 Oktober 2011 yang lalu. Persaraan Pn. Salmah ini merupakan satu kehilangan besar kepada pihak sekolah kerana hilangnya seorang pemimpin yang berwibawa kepada warga sekolah. Beliau telah berkhidmat selama 11 tahun di sekolah cemerlang ini.

            Majlis dimulakan dengan ketibaan Pn Salmah bt Ismail di Dewan Seri Gemilang pada pukul 9.45 pagi. Beliau disambut oleh barisan guru iaitu Tuan Guru Besar, Tn Hj Md Rijani Md Ibrahim, Guru Penolong Kanan Kokurikulum, En Mohd Bahar bin Mat, Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid Pn Khodijah bt Ibrahim serta guru- guru dan seluruh warga SK. Permatang Tok Mahat. Turut bersama di dalam majlis ini ialah wakil PIBG SKPTM, iaitu En Khairul Azmi bin Md Zain, pegawai dari Pejabat Pelajaran Daerah Selatan iaitu En Rosli bin Hashim dan beberapa orang Guru Besar serta Guru Penolong Kanan sekolah-sekolah di daerah Seberang Perai Selatan. Acara dimulakan dengan bacaan doa oleh Encik Mohd. Fauzi b Hj Abdullah. Seterusnya adalah ucapan oleh wakil murid iaitu Nur Insyirah bt Abu Bakar, ucapan daripada wakil PIBG SKPTM, iaitu En Khairul Azmi bin Md Zain, ucapan daripada pegawai dari Pejabat Pelajaran Daerah Selatan iaitu En Rosli bin Hashim, ucapan daripada Tuan Guru Besar, Tn Hj Md Rijani Md Ibrahim. Antara intipati ucapan adalah penghargaan yang tidak berbelah - bahagi terhadap komitmen dan sumbangan Pn Salmah bt Ismail sepanjang beliau bertugas di sekolah ini. Banyak kejayaan – kejayaan yang dilakarkan oleh pihak sekolah seperti pencapaian Anugerah Sekolah Cemerlang dan peningkatan keputusan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) ketika era pentadbiran dan kepimpinan beliau.