HARI: JUMAAT
MASA:9.30 PAGI-12.00 TENGAHARI
TEMPAT: SK PERMATANG TOK MAHAT
Warga SK. Permatang Tok Mahat telah mengadakan satu majlis persaraan Guru Penolong Kanan Pentadbiran, Pn Salmah bt Ismail pada 7 Oktober 2011 yang lalu. Persaraan Pn. Salmah ini merupakan satu kehilangan besar kepada pihak sekolah kerana hilangnya seorang pemimpin yang berwibawa kepada warga sekolah. Beliau telah berkhidmat selama 11 tahun di sekolah cemerlang ini.
Majlis dimulakan dengan ketibaan Pn Salmah bt Ismail di Dewan Seri Gemilang pada pukul 9.45 pagi. Beliau disambut oleh barisan guru iaitu Tuan Guru Besar, Tn Hj Md Rijani Md Ibrahim, Guru Penolong Kanan Kokurikulum, En Mohd Bahar bin Mat, Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid Pn Khodijah bt Ibrahim serta guru- guru dan seluruh warga SK. Permatang Tok Mahat. Turut bersama di dalam majlis ini ialah wakil PIBG SKPTM, iaitu En Khairul Azmi bin Md Zain, pegawai dari Pejabat Pelajaran Daerah Selatan iaitu En Rosli bin Hashim dan beberapa orang Guru Besar serta Guru Penolong Kanan sekolah-sekolah di daerah Seberang Perai Selatan. Acara dimulakan dengan bacaan doa oleh Encik Mohd. Fauzi b Hj Abdullah. Seterusnya adalah ucapan oleh wakil murid iaitu Nur Insyirah bt Abu Bakar, ucapan daripada wakil PIBG SKPTM, iaitu En Khairul Azmi bin Md Zain, ucapan daripada pegawai dari Pejabat Pelajaran Daerah Selatan iaitu En Rosli bin Hashim, ucapan daripada Tuan Guru Besar, Tn Hj Md Rijani Md Ibrahim. Antara intipati ucapan adalah penghargaan yang tidak berbelah - bahagi terhadap komitmen dan sumbangan Pn Salmah bt Ismail sepanjang beliau bertugas di sekolah ini. Banyak kejayaan – kejayaan yang dilakarkan oleh pihak sekolah seperti pencapaian Anugerah Sekolah Cemerlang dan peningkatan keputusan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) ketika era pentadbiran dan kepimpinan beliau.

















1 ulasan:
selamat bersara cikgu Salmah Ismail..
jasamu dikenang
by:
syakir
x-student SKPTM 2005
Catat Ulasan