Rabu, 20 Jun 2012

TEMASYA SUKAN TAHUNAN SKPTM 2012

Temasya Sukan Tahunan SKPTM 2012 telah berlangsung dengan jayanya pada 16 Jun 2012 (Sabtu) bermula pada pukul 7.40 pagi dan tamat pada pukul 1.30 petang. Yang Berhormat Dato Hj Mahmud b Zakaria, Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Sungai Acheh telah sudi merasmikan acara gemilang SKPTM ini. Beliau seterusnya telah melawat khemah berhias Rumah Sukan dan beramah mesra dengan para murid dan peserta kejohanan. Perbarisan masuk kontijen Rumah Sukan sangat ceria hasil komited para murid dan kreativiti guru-guru Rumah Sukan. Acara-acara sukan di antaranya Lumba lari 100m Kelas 4 ,         Lumba lari 4 x 100m Kelas 3, Sukaneka Pra Sekolah SKPTM dan Pertunjukan Taekwando telah berlangsung dengan meriahnya. Rumah Kuning telah merangkul Johan Pertandingan Khemah Berhias manakala Rumah Merah menyandang tempat pertama Pertandingan Perbarisan dan Lintas Hormat. Kontijen Rumah Biru telah mencipta kejayaan dengan menjadi Johan Keseluruhan Pertandingan Antara Rumah Sukan. 






















Jumaat, 15 Jun 2012

TEMASYA SUKAN TAHUNAN SKPTM 2012

PIHAK SEKOLAH KEBANGSAAN PERMATANG TOK MAHAT AKAN MENGANJURKAN TEMASYA SUKAN TAHUNAN SKPTM 2012. PARA MURID, WARIS, PENJAGA DAN SEMUA PIHAK DIJEMPUT HADIR BAGI BERSAMA-SAMA KITA MEMERIAHKAN TEMASYA SUKAN INI DISAMPING MEMBERIKAN SOKONGAN PADU KEPADA MURID-MURID YANG MENGAMBIL BAHAGIAN. TEMASYA SUKAN TAHUNAN SKPTM 2012 AKAN DIADAKAN SEPERTI KETETAPAN BERIKUT:

TARIKH: 16 JUN 2012 (SABTU)
MASA: 7.40 PAGI HINGGA 12.00 TENGAHARI
TEMPAT: PADANG SK PERMATANG TOK MAHAT

" PAKAT MAI RAMAI-RAMAI, MAJULAH SUKAN UNTUK NEGARA"