Khamis, 5 Disember 2013

Senarai Guru Kelas 2014

Salam warga SKPTM,

Ini, senarai nama guru kelas bagi tahun 2014. Semoga ia dapat membantu cikgu-cikgu membuat persediaan pengurusan kelas ......










Semoga Tahun 2014, akan dimulakan dengan langkah yang INDAH....

Khamis, 21 November 2013

Cerita Cuti Sekolah

Salam 1Malaysia,

Selamat bercuti semua warga SKPTM dan rakan-rakan guru serta anak-anak yang bersekolah...
Panjang cuti, hujung tahun ni....
Harapan pihak admin agar, warga sekolah akan menjaga kesihatan, keselamatan seperti pesanan hari akhir persekolahan hari itu.
Bercutilah dengan kesederhanaan.
INGAT, jadual cuti sekolah anak-anak SKPTM...patuh yee
Hanya pelajaran dan Ilmu yang dapat mengubah cerita seseorang.

Ini cerita cikgu cuti sekolah...
Buat anak-anak tahun 1- 4 ( 2013), sila buat ulangkaji, buku teks tahun 2014 dah terima kan...
Warga baru tahun 1 & Pra (2014), selamat datang...Hari  Transisi Tahun 1 adalah pada 31 Disember 2013
Buat anak-anak tahun 5 (2014)...ingat ini jadual waktu cuti sekolah ni yeee..kehadiran WAJIB. Sila akur dengan waktu dan masa jadual ini yeee...



Cerita cuti sekolah buat warga guru yang disayangi,
Terima kasih atas kerjasama menyelesaikan PBS, eOPERASI, borang prestasi dan Budaya Tutup sekolah dengan cemerlang.
Tarikh-tarikh penting yang berbaki 2013 ;

     23 Disember 2013  - Mesyuarat Guru &  Mesyuarat Kurikulum 1/2014

     24 Disember 2013  - Mesyuarat HEM & KOKO 1/2014

     26 Disember 2013 - LDP 1

     27 Disember 2013  - LDP 2

     30 Disember 2013 - LDP 3

     31 Disember 2013  -  Hari Transisi Tahun 1 (2014) dan PRa Sekolah

     2 Januari 2014   - Hari  Pertama Persekolahan

Semoga percutian warga sekolah akan berjalan lancar dan selamat dan jumpa nanti 23 Disember 2013.

Warna- Warni UPSR 2013

Salam 1 Malaysia.

Syukur saya ke hadrat Ilahi dengan rencana dan rezki yang dilimpahkan kepada kami warga SKPTM..
Keputusan UPSR 2013
Memberikan kuntuman-kuntuman senyuman kepada warga sekolah
Terutama GB, barisan Pk, Guru-guru tahun 6, semua guru, waris dan anak-anak calon UPSR 2013






Kejayaan yang besar bagi kami, seramai 30 orang calon mendapat 5A, 20 orang 4A 1B dan mencapai GPS 1.74 terbaik di Daerah Pejabat Pelajaran Daerah Selatan. Peratus semua mata pelajaran meningkat. Pencapaian yang cemerlang ini memberikan ruang kepada sekolah menyusun langkah seterusnya ke pencalonan sekolah kluster dan seterus SBT.

Terima kasih dan TAHNIAH buat semua yang telag menyumbangkan tenaga, ilmu, dana, doa restu sehingga SKPTM boleh menjadi terbaik di daerah SPS.



Bagi pihak admin blog, ini juga hadiah buat Tuan Guru Besar , Tn Hj Md Rijani bin Md Ibrahim sebelum beliau bersara pada 16 Mei 2014.

Harapan, semoga semangat dan komitmen yang diteruskan untuk tahun 2014 dan seterusnya.





TAHNIAH & TERIMA KASIH SEMUA.....

Anda semua HEBAT !!!!!!

Isnin, 29 April 2013

Pertandingan Kawad Kaki Peringkat Daerah SPS 2013

Lokasi  :  SMKA Nibong Tebal

Tarikh   :  3 April 2013

Pengurus Pasukan  :      Ustazah Rosjawati Binti Ismail

Penolong Pengurus :      En. Rosdi Bin Lazim

Jurulatih                 :  1.  En. Ahmad Rashidi Bin Mohd Dali ( Ketua )

                                   2.  En. Zaini Bin Maharop

                                   3.  Sdr. Mohd Afiq Bin Hj. Zulkifli ( Jurulatih Luar )

                                   4.  Pn. Mazilah Binti Mustaffa

Guru pengiring         :     Ustazah Noor Azila Binti Abdul Razak

Pencapaian  :  JOHAN KATEGORI PUTERI   
       
                    NAIB JOHAN KATEGORI PUTERA


SEGAK! Pemeriksaan Pakaian

SERIUS! Platun Pengakap Yang Dipimpin Oleh Adik Intan Nurliana

PENUH SEMANGAT!! Kawad Statik Dan Dinamik

BERJAYA!! Johan Dan Naib Johan Pertandingan Kawad Kaki

Majlis Penyampaian Hadiah Di SKPTM

Majlis Penyampaian Hadiah Di SKPTM

Majlis Penyampaian Hadiah Di SKPTM
Piala Naib Johan Putera

Piala Johan Puteri


Khamis, 4 April 2013

KEJOHANAN BALAPAN DAN PADANG MSSPP ZON NIBONG TEBAL KALI KE-45 2013

TARIKH : 18 MAC 2013 - 21 MAC 2013
HARI   : ISNIN - KHAMIS
TEMPAT : STADIUM NEGERI BATU KAWAN


Seramai 29 orang murid SKPTM telah menyertai pelbagai acara di Kejohanan Balapan dan Padang MSSPP Zon Nibong Tebal 2013 yang berlangsung selama 4 hari di Stadium Negeri Batu Kawan. SKPTM telah memenangi 1 pingat perak dalam acara balapan individu 200m perempuan kelas 3 dan 6 pingat gangsa dalam acara balapan 4x100m lelaki kelas 4.

Tahniah dan terima kasih diucapkan kepada para pemenang, semua peserta dan tidak lupa kepada guru-guru yang tidak jemu-jemu melatih murid olahraga sejak Januari 2013 hingga ke hari pertandingan.

Guru-guru yang terlibat ialah Cik Santhi, Cik Jamilah, Cik Zetiazura, Pn. Norani, Pn. Siti Zubaidah, Pn. Zuraini, Cik Vahini, Cik Fazilah, En. Ammar & En. Nasaudin.

'Terima kasih daun keladi, tahun depan cikgu tolong lagi ye..'

Adik Intan Nurliana Ismail memenangi pingat perak,
acara individu 200m P K3


Pasukan L K4 acara 4x100m memenangi pingat gangsa
(adik Safwan, Abu Hanifah, Mohd Akmal , Amirul Danial dan 2 peserta simpanan)

Stadium Negeri Batu Kawan

Pasukan perbarisan SKPTM semasa acara penutupan kejohanan

Pasukan Olahraga SKPTM bersama pengurus pasukan, Cik Santhi

PENILAIAN ANUGERAH PUSAT SUMBER SEKOLAH PERINGKAT DAERAH 2012 (KATEGORI SEKOLAH RENDAH)

TARIKH : 12 MAC 2013
HARI   : SELASA
TEMPAT : PUSAT SUMBER SEKOLAH






LAWATAN PENANDA ARAS OLEH GURU-GURU SK SINGKIR, KEDAH

Pada 8 Mac 2013 (Jumaat), SKPTM telah menerima lawatan penanda aras oleh guru-guru daripada SK Singkir, Kedah (seramai 40 orang guru). Warga SKPTM mengalu-alukan kedatangan guru-guru tersebut dan ucapan terima kasih kerana sudi melawat sekolah ini.

Selamat Datang Cikgu...




Ahad, 10 Mac 2013

UJIAN KECEMERLANGAN 1 (UK 1)

MAKLUMAN!!!

Ujian Kecemerlangan 1 (UK 1) akan dilaksanakan pada 12hb Mac 2013 hingga 15hb Mac 2013 (Selasa hingga Jumaat) untuk murid Tahun 4, 5 dan 6 sahaja.

"SELAMAT MAJU JAYA"

Khamis, 28 Februari 2013

Tahniah SKPTM !!!


Anugerah Kokurikulum Cemerlang Peringkat Kebangsaan Kategori Luar Bandar 2012

Tahniah diucapkan kepada semua warga SKPTM yang telah berusaha bertungkus-lumus sehingga berjaya mendapat tempat ketiga dalam Anugerah Kokurikulum Cemerlang Peringkat Kebangsaan Kategori Luar Bandar 2012.

Latihan Dalam Perkhidmatan Kali Pertama

Tarikh : 19 Januari 2013
Tempat : Sekolah Kebangsaan Permatang Tok Mahat
Masa : 8:00 pagi - 2:00 petang


Tekun membuat garisan tapak perhimpunan.


Membersih dan menerangkan kembali garisan lintasan (zebra line )


Mengecat  dan mengemaskini pondok pemulihan.


Mengecat dan menceriakan persekitaran Pra


Mengemaskini dan menceriakan bilik Fail PBS KSSR


Pemandangan bilik fail KSSR


Menceria dan mengecat pondok bacaan

Bagaimanakah hasilnya nanti? (dataran 5A )


Kontra...antara tekun dan santai...


Tuan Guru Besar memberi taklimat teknik yang betul mengecat pagar..


Tempat menunggu yang mula nampak ceria hasil dari usaha warga SKPTM


Pasu dan bekas pokok bunga turut dicat




Guru-guru Bahasa Inggeris sibuk menyusun perkataan


Teliti...


Tak tahu nak kata apa...mengecat ke? posing ke? tidurrr??