Khamis, 21 November 2013

Cerita Cuti Sekolah

Salam 1Malaysia,

Selamat bercuti semua warga SKPTM dan rakan-rakan guru serta anak-anak yang bersekolah...
Panjang cuti, hujung tahun ni....
Harapan pihak admin agar, warga sekolah akan menjaga kesihatan, keselamatan seperti pesanan hari akhir persekolahan hari itu.
Bercutilah dengan kesederhanaan.
INGAT, jadual cuti sekolah anak-anak SKPTM...patuh yee
Hanya pelajaran dan Ilmu yang dapat mengubah cerita seseorang.

Ini cerita cikgu cuti sekolah...
Buat anak-anak tahun 1- 4 ( 2013), sila buat ulangkaji, buku teks tahun 2014 dah terima kan...
Warga baru tahun 1 & Pra (2014), selamat datang...Hari  Transisi Tahun 1 adalah pada 31 Disember 2013
Buat anak-anak tahun 5 (2014)...ingat ini jadual waktu cuti sekolah ni yeee..kehadiran WAJIB. Sila akur dengan waktu dan masa jadual ini yeee...



Cerita cuti sekolah buat warga guru yang disayangi,
Terima kasih atas kerjasama menyelesaikan PBS, eOPERASI, borang prestasi dan Budaya Tutup sekolah dengan cemerlang.
Tarikh-tarikh penting yang berbaki 2013 ;

     23 Disember 2013  - Mesyuarat Guru &  Mesyuarat Kurikulum 1/2014

     24 Disember 2013  - Mesyuarat HEM & KOKO 1/2014

     26 Disember 2013 - LDP 1

     27 Disember 2013  - LDP 2

     30 Disember 2013 - LDP 3

     31 Disember 2013  -  Hari Transisi Tahun 1 (2014) dan PRa Sekolah

     2 Januari 2014   - Hari  Pertama Persekolahan

Semoga percutian warga sekolah akan berjalan lancar dan selamat dan jumpa nanti 23 Disember 2013.

Warna- Warni UPSR 2013

Salam 1 Malaysia.

Syukur saya ke hadrat Ilahi dengan rencana dan rezki yang dilimpahkan kepada kami warga SKPTM..
Keputusan UPSR 2013
Memberikan kuntuman-kuntuman senyuman kepada warga sekolah
Terutama GB, barisan Pk, Guru-guru tahun 6, semua guru, waris dan anak-anak calon UPSR 2013






Kejayaan yang besar bagi kami, seramai 30 orang calon mendapat 5A, 20 orang 4A 1B dan mencapai GPS 1.74 terbaik di Daerah Pejabat Pelajaran Daerah Selatan. Peratus semua mata pelajaran meningkat. Pencapaian yang cemerlang ini memberikan ruang kepada sekolah menyusun langkah seterusnya ke pencalonan sekolah kluster dan seterus SBT.

Terima kasih dan TAHNIAH buat semua yang telag menyumbangkan tenaga, ilmu, dana, doa restu sehingga SKPTM boleh menjadi terbaik di daerah SPS.



Bagi pihak admin blog, ini juga hadiah buat Tuan Guru Besar , Tn Hj Md Rijani bin Md Ibrahim sebelum beliau bersara pada 16 Mei 2014.

Harapan, semoga semangat dan komitmen yang diteruskan untuk tahun 2014 dan seterusnya.





TAHNIAH & TERIMA KASIH SEMUA.....

Anda semua HEBAT !!!!!!