Isnin, 5 Mei 2014

Lawatan Kerja Dato' Pengarah JPNPP


Dengan nama Allah yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang....

         Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah SWT tepat jam 8.00pagi, ketibaan Dato' Pengarah Pendidikan Pulau Pinang bersama Pegawai-pegawai Jabatan Pendidikan Pulau Pinang dan Pejabat Pendidikan Daerah disambut meriah dengan paluan kompang serta iringan sirih junjung dan bunga manggar bersama titisan gerimis pagi yang mesra. Barisan Pengakap Puteri turut serta menyambut ketibaan yang dinanti-nantikan.

         Warga SK Permatang Tok Mahat berasa amat bertuah atas kunjungan Dato' bersama rombongan yang sudi menjenguk. Hanya setinggi-tinggi penghargaan terima kasih tidak terhingga yang dapat diungkapkan atas kesudian Dato' Pengarah meluangkan masa bersama kami.

         Kunjungan Dato' diserikan lagi dengan persembahan bercerita dan tarian di Dewan Seri Gemilang, SKPTM. Setelah menjamu selera, Tuan Guru Besar telah mengiringi Dato' Haji Ahmad Tarmizi bin Kamaruddin untuk merasmikan Makmal Robotik dan Inovasi, singgah di Sanggar Tari Permatang dan turut meramikan Kelas Pendidikan Khas di akhir kunjungan. Tuan Guru Besar dan beberapa warga kerja sempat merakamkan gambar kenangan bersama Dato' Pengarah dan rombongan.

Lecur tunggul akar selasih,
Singgah merbah di atas dahan  ,
Jalinan mesra tautan kasih,
Tetap semarak dalam ingatan....